the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nik Nazmi serah surat tuntutan kepada Chegubard

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, melalui peguamnya telah menyerahkan Surat Tuntutan kepada Badrul Hisham Shaharin agar menarik balik serta-merta dan memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Nik Nazmi memaklumkan surat tuntutan itu telah diserahkan kepada Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, semalam berhubung dakwaan kes rasuah RTB bernilai lebih RM16 bilion yang didedahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

“Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan.

“Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dengan berlangsungnya prosiding undang-undang itu, ia mengesahkan dedikasi pihaknya terhadap ketelusan serta pematuhan kepada proses undang-undang dan pada masa yang sama turut mengalu-alukan sebarang siasatan oleh pihak polis untuk bertindak atas dakwaan itu.

Pada 21 Dis lepas, Chegubard mendakwa kononnya berlaku elemen rasuah dalam pelaksanaan projek RTB dikendalikan oleh kementerian itu membabitkan nilai lebih RM16 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings