the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ops PeWA: JPJ sita 16 kenderaan di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 15 motosikal dan sebuah lori yang digunakan warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Taman Arowana dan Taman Pelangi di sini, semalam.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesemua motosikal disita itu ditunggang warga Pakistan, Rohingya, Bangladesh dan lndonesia kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah khususnya tiada lesen memandu.

“Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia turut tunjuk lagak mempertikai penguatkuasaan JPJ serta enggan memberi lesen memandu semasa Ops PeWa. Pemeriksaan mendapati dia tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL).

“JPJ turut menyita tujuh motosikal di Taman Arowana manakala di Taman Pelangi sebanyak lapan motosikal disita,“ menurut hantaran di Facebooknya hari ini.

Penguatkuasaan itu dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu warga asing tanpa kompromi yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings