the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pakar patologi sahkan Zara Qairina cedera akibat jatuh, bukan dipukul

KOTA KINABALU: Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.

Dr Jessie Hiu yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak 1998 berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan kedudukan serta lokasi penemuan mangsa.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan pegawai pengendali kes Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad pada hari kedua prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Dalam keterangannya semalam Dr Hiu menjelaskan bahawa berdasarkan ketinggian dan kelebaran penghadang konkrit ketinggian palang besi melintang serta ketinggian mangsa sebelum kematian adalah berkemungkinan untuk mangsa memanjat penghadang melintasi palang besi berkenaan dan berdiri di atasnya.

Pada prosiding hari ini Dr Hiu turut mengesahkan beberapa gambar yang dikemukakan Badius Zaman iaitu gambar diambil semasa demonstrasi di lokasi kejadian pada 2 Ogos oleh seorang pegawai perubatan yang membantunya dalam siasatan tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings