• 2025-07-15 03:49 PM

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut selepas dihempap rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat di sebuah kilang sarung tangan di Banting. Kejadian berlaku pagi tadi, mengakibatkan lima lagi pekerja cedera.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.54 pagi. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dihantar dengan sembilan anggota dan dua jentera.

“Enam mangsa terlibat, lima berjaya diselamatkan sebelum ketibaan bomba. Mangsa terakhir ditemui pada 11.20 pagi di bawah timbunan barang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,“ jelas Ahmad Mukhlis.

Mangsa yang maut berusia 33 tahun, manakala yang cedera berumur antara 20 hingga 30 tahun. - Bernama