the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaburan Oracle dapat lonjak ekonomi digital, inovasi Malaysia – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Langkah Oracle untuk melabur dalam dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan Malaysia dapat menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi digital negara, sekali gus melonjakkan inovasi teknologi dan daya saing ekonomi.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata apabila Malaysia mencatat kemajuan menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, pelaburan itu dapat mempercepat transformasi digital negara dengan implikasi besar ke atas produktiviti, penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.

“Menerusi penggunaan teknologi pengkomputeran awan dan AI termaju, Oracle juga berupaya meningkatkan produktiviti rentas sektor, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan daya saing firma Malaysia di persada global.

“Kemasukan teknologi dan kepakaran ini dijangka meningkatkan aspek pengeluaran ekonomi, merangsang penciptaan pekerjaan selain menyumbang kepada trajektori ekonomi Malaysia bagi jangka panjang,“ katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas pengumuman Oracle hari ini yang merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia dalam memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan AI dan awan.

Mengulas selanjutnya, Mohd Sedek berkata pelaburan Oracle, sepertimana syarikat teknologi terkemuka lain seperti Amazon Web Services, Nvidia dan Google, akan secara ketara meningkatkan lagi permintaan bagi perkhidmatan profesional mahir dalam bidang berkenaan.

“Ini tidak hanya memacu aspek penciptaan pekerjaan secara langsung tetapi turut menjadi penunjuk peralihan lebih meluas ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

“Selain itu, pelaburan ini berkemungkinan besar dapat merangsang pertumbuhan pekerjaan secara tidak langsung seperti pembangunan perisian, analisis data dan keselamatan siber yang menyuntik limpahan berganda merentasi industri perkhidmatan digital,” katanya.

Pada masa sama, ini dapat menarik kalangan kelompok bakat peringkat kanan daripada wilayah lain, sekali gus mengembangkan lagi tenaga kerja teknologi Malaysia, katanya.

Mohd Sedek berkata pelaburan Oracle juga dapat menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dalam sektor teknologi dan impaknya bergantung kepada faktor seperti iklim pelaburan menyeluruh serta keupayaan negara memupuk inovasi dan menghasilkan barisan tenaga kerja mahir.

“Kesan pengganda ke atas industri lain juga besar tetapi mungkin berbeza, bergantung kepada sektor khusus serta tahap penerimagunaan digital,” katanya.

Sementara itu, ahli ekonomi Profesor Dr Geoffrey Williams berkata impak sebenar ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia secara meluas akan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk penerimagunaan teknologi baharu serta kesediaan industri menerima evolusi digital ini.

“Tidak ketinggalan, impak ke atas syarikat-syarikat hartanah dan rantaian bekalan, sebagaimana dengan mana-mana pelaburan lain. Namun, kesan sebenar ke atas ekonomi tempatan akan hanya dapat direalisasikan menerusi penerimagunaan teknologi-teknologi ini secara berleluasa.

“Cabaran ini termasuk memanfaatkan pelaburan itu bagi tujuan penciptaan kerja, mengekalkan proses-proses nilai tambah dalam Malaysia serta menseimbangkan manfaat pelaburan menerusi kos ekonomi dan sosial,” katanya.

Sehubungan itu, Williams berkata kesan limpahan terbabit perlu difahami dengan mendalam dan diperhalusi bagi manfaat kedua-dua syarikat serta tenaga kerja Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings