TAWAU: Pemilihan PKR 2025 perlu dianggap sebagai satu ‘pertarungan antara rakan-rakan setia’ dalam parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Anwar yang juga Presiden PKR berkata kesemua calon berkenaan harus disantuni dengan baik supaya semangat persaudaraan dalam kalangan ahli parti kekal utuh.

“Pemilihan ini antara rakan-rakan setia, yang banyak (daripadanya) tokoh reformasi. Oleh itu, kita kena jaga supaya tidak terlanjur kerana kita mahukan (pemilihan ini) untuk kita rangkul sebagai satu kekuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar mengingatkan penyokong kepada pihak yang bertanding untuk tidak ‘terlajak’ (berlebihan) kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

“Ini (PKR) persaudaraan yang harus diperkukuh...selesai sahaja Kongres (Kongres Nasional PKR) kita harus bekerja sebagai satu pasukan yang padu,” katanya.

Proses pencalonan pemilihan parti yang berakhir Jumaat lepas menyaksikan Anwar tidak dicabar bagi jawatan Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar bakal bertembung dengan penyandang Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi.

Bagi jawatan Naib Presiden, 12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing termasuk empat penyandang iaitu Nik Nazmi Nik Mat (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor).

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim pula tidak dicabar untuk menang jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) manakala Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) dan Rodziah Ismail (Ahli Parlimen Ampang) berebut jawatan Ketua Wanita PKR.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan 23 Mei ditetapkan sebagai hari pengundian.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian kepala air di Alang Sedayu, Batu 12, Jalan Gombak Lama dekat ini, empat mangsa berjaya diselamatkan orang awam.

Ahmad Mukhlis berkata enam pegawai dan anggota daripada BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.45 petang, sebelum menyelamatkan tiga lagi mangsa terkandas akibat kejadian itu.

“Keseluruhan tujuh mangsa berumur 15 hingga 31 tahun dibawa ke tempat selamat,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata seorang daripada mangsa yang berumur 29 tahun, mengalami kecederaan patah kaki.