the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada PM Anwar

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri selepas dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bulan depan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bagaimanapun cadangan tersebut telah pun disuarakan kepada Anwar yang juga Menteri Kewangan secara tidak rasmi dalam satu pertemuan baru-baru ini.

“Dalam pertemuan sebelum ini, Perdana Menteri kata ‘Bagus’ (permintaan mengembalikan semula 20 peratus hasil cukai kepada Pulau Pinang) tetapi ia tidak bermakna akan diluluskan, jadi sebab itu saya akan berbincang mengenai permintaan ini dengan Ketua Menteri dan Menteri Besar lain Julai nanti.

“Dua puluh peratus itu hanya lontaran cadangan saya. Itu tertakluk kepada keinginan (Pusat) untuk melaksanakan perkongsian hasil ini. Jika ada persetujuan, kita boleh bincangkan dengan lebih lanjut,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Maybank 2024 Invest ASEAN ‘Penang: Malaysia’s High-Tech Powerhouse’ di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini hari ini.

Beliau berharap kerajaan pusat dapat bersikap terbuka mengenai cadangan perkongsian hasil itu memandangkan banyak projek dan inisiatif penting yang dirancang memerlukan dana untuk dilaksanakan.

Pada 29 Mei lepas, Chow pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) memohon kerajaan Persekutuan agar mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri supaya mewujudkan ruang untuk pelaksanaan program dan projek pembangunan dengan lebih berkesan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore Team Crowned Champion at the Inaugural Asian Hackathon for Green Future 2026 in...

Outperforming 439 teams and nearly 1,500 participants from 22 countries and territories, Team Helios, comprising two participants, Pratham Ranjan and Alok Vernekar from Nanyang Technological University, Singapore, has been crowned champion of the Asian Hackathon for Green Future 2026, a competition dedicated to developing technology-driven solutions for a sustainable future.

AIA Healthiest Schools Competition 2025/26: Hong Kong winners announced

AIA has announced the Hong Kong winners of the AIA Healthiest Schools Competition 2025/26, with International College Hong Kong Hong Lok Yuen and Hong Kong True Light College recognised for their outstanding initiatives promoting student wellbeing and holistic health.

DKSH enters strategic partnership with Lilly in Hong Kong SAR and Macau SAR

DKSH Healthcare has entered a strategic distribution and promotion partnership with Lilly in Hong Kong SAR and Macau SAR, expanding its long-standing collaboration to improve patient access to Lilly's pharmaceutical portfolio while maintaining high standards of medical support and product quality.

Pak Tak Credit pioneers FinTech “No-Trace Loan Query” system — committing to zero credit...

Pak Tak Credit has launched its FinTech "No-Trace Loan Query" system, allowing customers to explore financing options through soft evaluations that do not affect their credit ratings while enhancing privacy and personalised service.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings