the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengajar madrasah didakwa lakukan amang seksual kanak-kanak

SEREMBAN: Seorang pengajar di sebuah madrasah tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Muhammad Ilyas Jamaludin, 33, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap kanak-kanak itu di sebuah madrasah tahfiz di Tasik Senangin, Lenggeng awal tahun hingga akhir tahun lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebih 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan sekiranya mahkamah mengenakan jaminan, beliau memohon jumlah RM30,000 serta tertuduh dilarang mengganggu mangsa.

Peguam Mohd Zaharudeen Harun memohon mahkamah mengenakan jaminan RM8,000, dengan alasan anak guamnya kini tidak lagi berkerja di madrasah berkenaan dan berkerja di sebuah madrasah di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM1,600.

Hakim Datin Surita Budin menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat dimohon pendakwaan.

Sementara itu seorang lelaki warga Indonesia yang pada ketika kejadian berumur 17 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak warga Indonesia berusia sembilan tahun.

Pembantu madrasah itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak, telah dengan sengaja menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di lokasi dan masa sama mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, perbuatan itu boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Noorashikin Nasarudin dan Nor Baizura Mohd Saubian manakala tertuduh diwakili peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah.

Noorashikin mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan, melaporkan diri di balai polis berdekatan, manakala Fadlyzil memohon jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh berpendapatan RM1,000 sebulan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 dan sebutan kes bagi kedua-dua tertuduh ditetapkan pada 29 Nov.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings