MELAKA: Dua lelaki masing-masih pengerusi, dan setiausaha sebuah persatuan kuil di negeri ini direman enam hari bermula hari ini hingga 23 Jun bagi membantu siasatan penyelewengan duit sebanyak RM50,000, tahun lepas.

Majistret Uthman Abd Ghani membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka terhadap kedua-dua lelaki berkenaan berusia 61 dan 75 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber memaklumkan mereka ditahan 11.45 pagi semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan kes berkaitan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dengan mengeluarkan wang persatuan tanpa sebarang kelulusan atau pembentangan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

Wang itu dipercayai digunakan untuk kegunaan peribadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman berkenaan.