the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjawat awam rugi lebih RM800,000 diperdaya sindiket Macau scam

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM822,938 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai polis dan syarikat penghantaran barang sejak seminggu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata polis menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun itu pada Rabu selepas mendapati wang dalam akaunnya telah berkurangan.

Beliau berkata mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan mengaku pekerja di pejabat pos di Perlis dan memaklumkan mangsa telah membuat kiriman barangan iaitu dokumen diri dan kad bank ke Miri, Sarawak.

“Lelaki terbabit memaklumkan kemungkinan maklumat peribadi mangsa digunakan orang lain sebelum mengarahkan wanita itu berhubung dengan dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek turut mendakwa mangsa mempunyai rekod jenayah melibatkan kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, serta meminta maklumat peribadi dan perbankan milik wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek merupakan ahli sindiket Macau Scam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada dakwaan pihak tidak dikenali yang mengaitkan anda dengan mana-mana kes jenayah. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings