the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perhilitan selamatkan burung hereng di jejambat i-City

SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menyelamatkan seekor Burung Hereng di jejambat berdekatan dengan pusat beli belah i-City di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Selangor Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata pihaknya menggerakkan pasukan menyelamatkan burung yang disenaraikan sebagai Near Threatened (NT) dalam Senarai Merah International Union for Conservation of Nature (IUCN) selepas menerima laporan orang awam kira-kira 11 pagi.

Beliau berkata binatang berkenaan yang biasanya hidup di kawasan pergunungan tinggi di negara-negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia dan Barat China dipercayai tersasar daripada laluan penerbangannya.

“Insiden seperti ini pernah direkodkan sebelum ini melibatkan spesies yang sama di Malaysia dan ketika burung ini ditemukan, ia berada dalam keadaan lemah dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk pemeriksaan dan rawatan kesihatan selanjutnya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Adib turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terjumpa dengan hidupan liar.

Terdahulu, gambar burung pemangsa itu tular di media sosial, menunjukkan ia ditemukan di jejambat berhampiran sebuah pusat beli-belah di Shah Alam semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings