the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso Mohamad Haron Othman berkata pangkalan data khas itu membolehkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) membuat semakan dengan cepat dan tepat penggiat seni yang mencarum dengan Perkeso.

“Kami akan adakan perbincangan lanjut dengan FINAS bagaimana kaedah integrasi data yang membolehkan FINAS membuat semakan dan mendapatkan secara terus maklumat penggiat seni yang aktif atau tidak aktif mencarum.

“Melalui kaedah itu, sebagai contoh FINAS boleh membuat tapisan kepada penerbit filem yang membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), sama ada permohonan mereka itu diluluskan atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Haron terdahulu menjadi panel jemputan pada program Dialog Industri Kreatif bersama Perkeso yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Sebelum ini, Perkeso dan FINAS telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) yang menggariskan prasyarat daftar dan mencarum Perkeso bagi semua penggiat seni perfileman berikutan kebanyakan mereka bekerja tanpa mengira waktu yang meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Melalui MoU itu juga FINAS menaja 4,500 penggiat seni di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.

Sementara itu, Azmir Saifuddin memaklumkan setakat ini FINAS telah menerima hampir 1,000 permohonan penggiat seni perfileman untuk membuat carumah di bawah skim itu dan pendaftarannya akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

No excuse to hire undocumented foreign workers, employers told

The current ceiling set by the Economy Ministry allows for more than 130,000 foreign workers to be recruited across various sectors, but approvals would still depend on the needs of each sector and subsector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings