the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara guru mengalami kerugian sebanyak RM201,900 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian bermula pada 31 Ogos lalu apabila mangsa, seorang wanita berusia 65 tahun, menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai kakitangan Ampang Medical Centre.

Menurut beliau suspek memaklumkan kepada mangsa yang berasal dari Cendering, di sini, bahawa dia mempunyai tuntutan insurans sebanyak RM68,800, namun mangsa menafikan perkara tersebut.

“Suspek kemudian meminta mangsa membuat laporan polis kononnya terdapat penyalahgunaan maklumat peribadi,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 Sept lepas lalu, suspek kembali menghubungi mangsa dan mengarahkannya membuka akaun di Agro Bank dengan deposit awal sebanyak RM5,000, kononnya untuk tujuan pemantauan oleh Bank Negara Malaysia.

Mangsa turut diarahkan memindahkan sejumlah RM201,900 daripada akaun Tabung Haji miliknya ke akaun Agro Bank yang baharu dibuka.

“Curiga dan berasa ditipu, mangsa kemudian berkongsi kejadian tersebut dengan anaknya, yang segera membuat semakan baki dengan pihak Agro Bank,“ jelasnya.

“Hasil semakan mendapati baki wang dalam akaun mangsa hanya tinggal RM100, dan sebanyak 20 transaksi keluar telah dilakukan dari akaun berkenaan ke akaun bank yang tidak dikenali.

“Wang tersebut adalah hasil pampasan persaraan serta simpanan milik mangsa,“ kata Azli.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings