• 2025-07-14 12:13 PM

LONDON: Sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Southend di Essex, sebuah daerah di tenggara England, menurut polis Essex pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut polis, mereka dimaklumkan sejurus sebelum 4 petang waktu tempatan mengenai insiden membabitkan sebuah pesawat sepanjang 12 meter dan kini sedang bekerjasama dengan pasukan kecemasan di lokasi kejadian.

Perkhidmatan Ambulans East of England memaklumkan bahawa empat ambulans dan empat kenderaan pasukan tindak balas kawasan berbahaya telah dikerahkan ke lokasi - BERNAMA-XINHUA