Your Title

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika membentangkannya, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat 2025.

Mengikut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU Suruhanjaya Tenaga (ST) itu bagi meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610) berikutan pindaan kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

Di bawah cadangan pindaan Akta 447, ST dipertanggungjawab dengan fungsi pengawalseliaan ke atas pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.

Selain itu, RUU Bekalan Elektrik melibatkan 16 pindaan yang bertujuan meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) untuk meluaskan ruang lingkup Akta 447 dengan mengawal selia pengimportant elektrik dan pengkesportan serta atribut atau bercirikan hijau.

“Kedua-dua RUU itu akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang jumlahnya belum dapat ditentukan sekarang,” kata naskhah biru itu.