the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKR sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi

KUALA LUMPUR: Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

MPN PKR Sabah menerusi kenyataan hari ini memaklumkan mereka mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada program pembasmian kemiskinan supaya ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu dapat dijayakan.

“Kami juga mencadangkan usaha memberikan dokumentasi kepada rakyat dapat dilakukan secara telus yang tentunya melibatkan kerjasama strategik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta agensi,“ menurut kenyataan itu.

Selain itu, mereka juga mencadangkan kerjasama politik lebih erat antara parti komponen perpaduan bagi persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang supaya keadaan kestabilan politik dapat dikekalkan.

MPN PKR Sabah memaklumkan pertemuan dengan Anwar yang juga Presiden PKR selama sejam itu, turut membincangkan pelbagai isu termasuk pembangunan negeri, keadaan semasa politik Sabah dan program merancakkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.

“PKR Sabah komited untuk memastikan bahawa suara rakyat Sabah didengari dan tindakan segera yang efektif dapat diambil untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh warga negeri ini.

“PKR Sabah juga menyambut baik jaminan Presiden yang akan memastikan bahawa Sabah terus mendapat perhatian kerajaan Persekutuan untuk memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada nikmat pembangunan dan perpaduan,“ menurut kenyataan itu.

Pertemuan itu dihadiri kesemua barisan kepimpinan MPN PKR Sabah termasuk Pengerusinya Datuk Dr Sangkar Rasam, sayap Angkatan Muda dan Wanita Sabah selain turut dihadiri Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.

Turut hadir ialah 26 Ketua Cabang PKR Sabah antaranya Ketua Cabang PKR Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings