KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 (PRN17) berjalan lancar, dengan parti-parti bertanding memberikan pilihan terbaik kepada seluruh rakyat negeri itu.
“Hati-hati berbincang, berkempen dengan baik dan beri pilihan sebaiknya untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas di Khazanah Megatrends Forum 2025 di sini hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada PRN17 Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
DUN Sabah mempunyai 73 kerusi.
PRN16 pada 2020 menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) serta disokong beberapa Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memperoleh 41 daripada 73 kerusi DUN.
Parti Warisan pula memenangi 23 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) meraih sembilan kerusi - Bernama