the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar hulur sumbangan kepada ibu tunggal hidap kanser

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Azizah Mahmood yang menghidap kanser usus, di Kampung Tebing Tinggi, Balok, Kuantan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika melawat ibu kepada lima cahaya mata itu, dalam kerangka Ziarah MADANI.

Ahmad Farhan berkata Azizah yang bekerja sebagai tukang cuci untuk menyara keluarga, turut berdepan kesukaran apabila tinggal di sebuah rumah kecil yang semakin uzur dimakan anai-anai, selain memerlukan rawatan berterusan dan makanan tambahan bulanan bagi merawat penyakitnya.

“Kami sedang meneliti bentuk bantuan baik dari segi kesihatan mahupun pembaikan rumah yang boleh disegerakan,” katanya dalam catatan di Facebook yang turut dikongsi Perdana Menteri hari ini.

Ahmad Farhan juga mendoakan semoga Azizah terus dikurniakan kekuatan dan kesembuhan, serta berharap segala urusan keluarga itu dipermudahkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings