the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar perbaharui kad media di Hawana 2025

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperbaharui kad perakuan media ketika menghadiri Majlis Kemuncak HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini.

Kad berkenaan yang dicetak secara langsung di reruai pembaharuan kad perakuan media disediakan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sebagai menghargai kehadiran pemimpin utama negara itu bagi meraikan mereka yang terbabit dalam industri media negara.

Kad perakuan yang bernombor H70027 dengan dilabel PMO (Pejabat Perdana Menteri) dikeluarkan dalam kategori emas yang membawa maksud penyelaras media.

Ketibaan Anwar diiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Turut serta ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Kali pertama Perdana Menteri menerima kad perakuan tersebut adalah ketika menghadiri kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang diadakan di Ipoh.

Kad Perakuan Media merupakan satu dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui JaPen untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Terdapat lima kategori warna kad yang dikeluarkan iaitu warna hijau mewakil media rasmi kerajaan, warna biru mewakili media tempatan (cetak dan elektronik), warna kelabu mewakili media digital, warna merah mewakili media antarabangsa dan warna emas kepada pegawai penyelaras media

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Most Viewed

spot_img