the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PMR 2025 Kedah tawar pekerjaan Proton kepada pencari kerja di Baling

BALING: Tekad mendapatkan pekerjaan mendorong seorang lelaki dari Taiping, Perak keluar rumah seawal 6 pagi untuk menghadiri sesi temu duga langsung sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kedah di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling.

Usaha Muhammad Syabil Shamsuddin, 20, membuahkan hasil apabila dia ditawarkan pekerjaan daripada Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) sebaik selesai sesi temu duga pagi tadi.

Muhammad Syabil berkata dia pada mulanya tidak menaruh harapan tinggi dan hanya berbekalkan resume serta sijil-sijil berkaitan untuk menghadiri sesi temu duga hari ini.

“Malam tadi saya dapat tahu mengenai Karnival Kerjaya bersempena dengan PMR Kedah di Baling. Pagi tadi saya terus bergerak sendirian menunggang motosikal ke sini.

“Saya tiba kira-kira 9 pagi tadi. Selepas mengisi borang permohonan dan melalui sesi temu duga, saya dimaklumkan layak dan diberi surat tawaran,“ katanya kepada Bernama sambil berterima kasih atas keprihatinan kerajaan menganjurkan PMR di sini hari ini.

Muhammad Syabil berkata dia bekerja di sebuah pasar raya selepas menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Bera, Pahang pada Mei lepas.

“Apabila mengetahui ada peluang pekerjaan, saya terus buat keputusan untuk mencuba nasib walaupun ia berbeza dengan kursus pengajian saya sebelum ini.

“Saya agak teruja menerima tawaran ini. Masih berbaki dua hari program ini, saya akan ajak kawan-kawan yang masih mencari kerja untuk datang ke sini,“ katanya.

Sementara itu, Mohd Irmi Hafiz Md Saad, 28, dari Kulim yang berminat mencari pekerjaan dalam bidang otomotif, tidak melepaskan peluang mencuba nasib apabila dimaklumkan mengenai karnival kerjaya hari ini.

“Saya mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Politeknik Ungku Omar. Banyak kali juga saya pergi temu duga, jawapan mereka kalau dapat mereka akan buat panggilan, namun senyap begitu sahaja.

“Saya fikir agak ramai yang akan mohon dan mungkin peluang saya tipis untuk diterima. Tapi nak dijadikan rezeki, selepas temu duga hari ini saya dimaklumkan diterima dan akan dipanggil bertugas dalam masa terdekat,“ katanya.

Selepas tamat pengajian pada 2017, Mohd Irmi Hafiz bekata dia melakukan pelbagai jenis pekerjaan hingga wabak COVID-19 melanda dan menjejaskan pekerjaannya.

“Selepas itu, saya bekerja sebagai penghantar makanan dengan gaji tidak menentu, kos sara hidup yang tinggi dan kos penyelenggaraan kenderaan juga meningkat. Saya perlu memikirkan masa hadapan dengan kerjaya lebih stabil, itu antara dorongan untuk saya datang ke sini hari ini,“ katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus, Modal Insan dan Pentadbiran Proton Shadeli Sham A Khalek berkata pihaknya membuka peluang pekerjaan bagi mengisi kekosongan di Proton Tanjung Malim, Perak.

“Terdapat 200 kekosongan di situ bagi pekerja pengeluaran sebelum Proton Tanjung Malim memulakan operasi sepenuhnya awal bulan hadapan.

“Setakat pagi tadi, empat calon telah kita serahkan surat tawaran pekerjaan dan kita jangkakan lebih ramai lagi calon akan terpilih esok dan lusa,“ katanya.

PMR 2025 Kedah bermula 9 pagi hingga 10 malam pada Khamis dan Jumaat manakala pada Sabtu, bermula 9 pagi hingga 6 petang dengan pengisian lebih bersasar dan memberi tumpuan kepada keperluan rakyat setempat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings