the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah

KUANTAN: Polis membuka dua kertas siasatan terhadap pemandu treler yang merempuh sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan pada Sabtu lepas hingga mengakibatkan dua kematian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan itu akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pemandu treler masih direman hingga esok dan sama ada akan disambung reman atau tidak bergantung kepada siasatan.

“Setakat ini kita masih lagi dalam proses melengkapkan siasatan, apabila sudah lengkap kita akan tuduh pemandu treler tersebut,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Pemandu berusia 40 itu yang juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine direman empat hari dan akan berakhir esok.

Dalam insiden pada 4.15 pagi itu, treler membawa muatan siling kapur dari arah Johor Bahru, Johor menghala ke Kuantan dipercayai hilang kawalan di selekoh kiri dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh rumah yang berada di sebelah kanan jalan.

Tragedi itu menyebabkan Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 32, maut di tempat kejadian manakala adiknya Mohd Waldon Faris, 21, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.

Ibu bapa mangsa Norrulaini Mohd Hassan, 54, dan Nasruddin Othman, 60, serta rakan Mohd Waldon Faris, Muhammad Gabriel Miqhael Muhammad Faidzal, 19, yang turut berada dalam rumah berkenaan mengalami kecederaan dan dirawat di hospital sama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings