NIBONG TEBAL: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou, N. Saran dipercayai keluar dari rumahnya di sini pada 11 Jun lepas dan masih belum pulang sehingga kini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja ini diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah SPS Sarjan Muhammad Iqbal Zaini di talian 010-3889176 atau tampil ke balai polis berhampiran,“ katanya dalam kenyataan.
Kes kehilangan ini masih dalam siasatan, dan pihak berkuasa berharap maklumat daripada orang awam dapat membantu menemui remaja tersebut. – Bernama