the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rakam lapan keterangan berkaitan kes keracunan makanan di Gombak

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusaha 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang disyaki akibat keracunan makanan Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata ia melibatkan keterangan daripada keluarga remaja dan kanak-kanak berkenaan, serta pembekal makanan kepada sekolah agama terlibat di Gombak, sejak hari kejadian.

Beliau berkata polis juga sedang mengenal pasti individu lain yang mengalami keracunan makanan akibat menjamah makanan pada program yang dianjurkan di sekolah agama berkenaan.

“Pihak polis juga akan memanggil pihak penganjur program, pengetua sekolah dan lain-lain individu yang terlibat dalam penyediaan makanan berkenaan dalam masa terdekat,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin dalam kenyataannya semalam memaklumkan 82 individu yang hadir pada program berkenaan mengalami gejala berkaitan keracunan makanan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings