TANGKAK: Polis hari ini mengesahkan insiden seorang lelaki mengelar wanita yang dipercayai isterinya di Bukit Gambir, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dilakukan.

“Suspek telah ditahan pagi tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung kes itu dan memaklumkan bahawa kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.