JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima satu laporan polis berkaitan seorang lelaki dilarikan beberapa individu menggunakan sebuah kereta pada Ahad lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata pihaknya menerima laporan pada kira-kira 7.20 malam hari tersebut.

“Laporan ini diterima diterima sejurus mangsa dilepaskan pada hari yang sama.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan, justeru orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tanpa kesahihannya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, beliau meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kelak.