• 2025-07-13 06:06 PM

KOTA BHARU: Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kenyataan palsu yang tular di media sosial mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mangkat minggu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Individu terlibat membuat kenyataan palsu dengan mengatakan Sultan Kelantan meninggal dunia dan pihak saya telah membuat laporan polis.

“Siasatan kes diambil oleh USJT,“ katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Beliau menambah, individu yang memuat naik kenyataan tersebut sedang dikesan dan kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Baru-baru ini, tular di media sosial kenyataan palsu mengenai kemangkatan Sultan Kelantan. – Bernama