KOTA BHARU: Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek terlibat dalam dua kes pecah rumah di kawasan Kubang Kerian.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata, kes pertama disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala kes kedua mengikut Seksyen 457/511 kanun sama.
“Sebuah rumah telah dipecah masuk manakala cubaan memecah masuk ke sebuah lagi rumah tidak berjaya,“ katanya kepada Bernama.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Beberapa rakaman video dan gambar kejadian tersebar di media sosial, mencetuskan kebimbangan penduduk setempat. – Bernama