the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki

KUANTAN: Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata lokasi kejadian berlaku di premis menjual pendingin hawa milik mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Sri Jaya, Maran.

“Kami menerima panggilan daripada ibu mangsa mengenai kematian anaknya sekitar 3 petang semalam. Sejurus itu, sepasukan polis dibantu unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan telah ke lokasi.

“Siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa dan bertindak atas siasatan awal, pihak polis menahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata pekerja ladang itu yang dipercayai individu terakhir dilihat bersama mangsa direman selama tujuh hari hingga 11 Feb bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings