KUANTAN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang peniaga yang mendakwa dicederakan seorang lelaki yang dikaitkan dengan kerabat diraja dalam kejadian di sebuah premis hiburan di sini awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki yang berusia 30 tahun itu pada 5 Jun lepas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.