the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proses dokumentasi China tandatangan protokol SEANWFZ berjalan lancar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

NEW YORK: Proses penyediaan dokumentasi untuk negara China menandatangani protokol Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) setakat ini berjalan lancar.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia merupakan satu proses yang panjang bagi menandatangani protokol terbabit.

“Ketika ini perkembangannya amat baik, malah keputusan China yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menandatangani protokol SEANWFZ tanpa sebarang syarat itu amat kita (ASEAN) alu-alukan.

“Selepas kenyataan China itu, negara lain seperti Amerika Syarikat sudah mula menyatakan bahawa mereka juga mahu menandatangani (SEANWFZ) dan tidak lagi meletakkan syarat-syarat,” katanya.

Mohamad berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini pada Sabtu selepas selesai menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025.

Pada Julai lepas, Mohamad pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 di Kuala Lumpur berkata China menzahirkan komitmen untuk menandatangani perjanjian SEANWFZ tanpa sebarang syarat, dan ia akan dilakukan sebaik semua proses dokumentasi selesai.

Perjanjian SEANWFZ, atau Perjanjian Bangkok, ditandatangani pada Disember 1995 oleh negara anggota ASEAN sebagai komitmen menjadikan Asia Tenggara zon bebas senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran.

Ia mula berkuat kuasa pada Mac 1997.

SEANWFZ merupakan satu daripada lima Zon Bebas Senjata Nuklear (NWFZ) di dunia, selain zon di Amerika Latin, Caribbean, Pasifik Selatan, Afrika, dan Asia Tengah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia will not offer cheap power and water to data centre operators – Johari

Malaysia will not allow foreign data centre operators to exploit its electricity and water resources without delivering meaningful benefits to the country, Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani told the Dewan Rakyat today.

Haze: URTI cases jump nearly 60% to 5,613 in one week – Dzulkefly

Cases of upper respiratory tract infections (URTI) rose by nearly 60% to 5,613 in a single reporting week amid worsening haze conditions, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad told the Dewan Rakyat today.

Most Viewed

spot_img