• 2023-05-16 08:33 PM

KUANTAN: Seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus semasa mandi sungai di Kampung Orang Asli Gabong, Bentong hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Muhammad Syafiq Akmal Zaidi pada 5.10 petang tadi.

Mangsa yang beralamat di Felda Lakum, Temerloh difahamkan ke sungai itu bersama tiga orang rakan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan petang ini, melibatkan 10 anggota termasuk lapan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong. - Bernama