• 2025-06-28 12:37 PM

JERTIH: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut lemas selepas cuba mengambil mata pancing yang tersangkut di tebing Sungai Kampung Amer di sini malam tadi.

Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, pelajar Tingkatan Empat, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.05 malam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang memancing bersama abang dan dua rakannya.

Mata kailnya tersangkut di tebing seberang sungai, lalu mangsa berenang untuk melepaskannya tetapi akhirnya lemas.

“Abang mangsa cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi bomba untuk bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.