KUALA LUMPUR: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia, melalui ramalan cuaca sempena Deepavali 2024, memaklumkan bahawa hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi, manakala Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan diramal mengalami keadaan yang sama sehingga petang.
Sementara itu, cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak pagi esok diramal cerah sebelum dijangka mengalami hujan dan rebut petir pada sebelah petang sehingga malam.
Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula diramal cerah.