Your Title

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda di hampir seluruh negara sehingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2.20 petang ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Cuaca yang sama dijangka turut melanda Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan), Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Mersing).

Sementara itu, di Sarawak cuaca yang sama dijangka melanda Kuching, Samarahan, Asajaya, Sarikei, Sibu dan Selangau, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi), dan Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman seperti Sipitang dan Beaufort, serta Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).