KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 malam ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, Perak

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang).

Selain itu, MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.

Di Sabah, keadaan sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).