the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM2.6 juta transaksi RON95 direkod pada hari pertama Budi95

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.6 juta pembelian petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter telah direkodkan pada hari pertama pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu melibatkan pembelian kira-kira 1.3 juta liter petrol oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Anggota ATM dan PDRM merupakan kumpulan pertama yang menikmati inisiatif subsidi bahan api tersebut.

Berdasarkan laporan di lapangan, urusan BUDI95 berjalan lancar dengan sistem yang stabil dan pembacaan MyKad oleh terminal di stesen minyak beroperasi dengan baik.

Kementerian Kewangan merakamkan penghargaan kepada semua anggota ATM dan PDRM yang menjadi kumpulan terawal memanfaatkan BUDI95.

Bermula esok, BUDI95 akan diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah kategori B40.

Pelaksanaan penuh inisiatif ini akan dilaksanakan pada 30 September, melibatkan sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Sejak portal BUDI95 dilancarkan pada 25 September lepas, sebanyak 8.1 juta pengguna telah membuat semakan kelayakan untuk menerima subsidi RON95.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk soalan lazim di portal rasmi BUDI95 di www.budimadani.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi talian bantuan 1-300-88-9595 untuk sebarang pertanyaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings