the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak tawar pengajian perubatan percuma kepada lepasan SPM cemerlang

SIBU: Kerajaan Sarawak menawarkan pendidikan percuma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang negeri itu yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata pendidikan percuma bagi bidang perubatan berkenaan ditawarkan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Bagi mereka yang mendapat keputusan terbaik dan cemerlang serta mahu menjadi doktor saya nasihatkan mengambil peluang yang telah disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePiLI (BMSS) dan One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) 2024 peringkat negeri Sarawak di SMK Agama Sibu di sini hari ini.

Jelajah itu telah mengunjungi 15 lokasi di seluruh Sarawak sejak bermula 15 Ogos lepas dan akan tamat di Kuching di SMK Petra Jaya pada 18 Okt.

Lukanisman berkata BMSS ialah satu inisiatif yang diaspirasikan daripada ANMS untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik dalam merancang serta melaksanakan program dan aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu serta menyeluruh.

Beliau berkata BMSS disambut setiap September namun bagi Sarawak sambutan bertemakan ‘Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat’ diawalkan dengan acara kembara bermula 15 Ogos dan berakhir 8 Okt nanti.

Beliau berkata tema berkenaan selari dengan hala tuju KKM untuk beralih fokus daripada sick care kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat.

“Objektif BMSS adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan meningkatkan literasi kesihatan dan solidariti promosi antara agensi, NGO, swasta dan komuniti.

“Aktiviti BMSS akan memfokuskan kepada lima domain pembudayaan hidup sihat seperti ativiti fizikal, minda sihat, pemakanan sihat dan selamat, pencegahan tingkah laku berisiko dan kebersihan diri serta persekitaran,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) juga dalam misi ke arah memerangi pengambilan gula berlebihan melalui program War on Sugar berikutan peningkatan masalah obesiti yang mencatatkan 54.5 peratus pada tahun lepas berbanding 50.1 peratus pada 2019.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oldham, Li & Nie Launches Family Office Services to Support International Families in Hong...

Oldham, Li & Nie (OLN) is pleased to announce the launch of its dedicated Family Office Services practice, expanding its capabilities in private wealth, trusts, succession planning, and cross-border structuring to meet the growing needs of international families.

XPPen Strengthens Its Commitment to Animation with 2026 Annecy Festival Residency Partnership and MIFA...

XPPen, a global leading brand in digital art innovation, continues its support for the Annecy International Animation Film Festival in 2026 through its partnership with the Annecy Festival Residency, while showcasing its latest product lineup at MIFA 2026.

VinFast honored for investor relations excellence at the Asian Excellence Awards 2026

At the Asian Excellence Awards 2026 ceremony held in Hong Kong, VinFast was recognized with three prestigious awards, including Best Investor Relations Company and two individual honors.

Berjaya Property, China’s Wanli Tire in US$320 million tyre-manufacturing joint venture

Companies to establish high-performance, state-of-the-art facility in Bukit Tagar, Selangor

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings