• 2020-05-22 04:00 PM
Semua tahanan di Depoh Imigresen Bukit Jalil, Semenyih akan disaring - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Kesemua tahanan dan petugas di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Semenyih, Selangor akan menjalani ujian saringan Covid-19, kata Menteri Kanan(Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata ini akan melibatkan kira-kira 1,200 tahanan di Bukit Jalil dan 1,600 tahanan di Semenyih.

Menurutnya, setakat ini ujian saringan hanya akan dibuat di dua depoh ini, selepas tahanannya dikesan positif Covid-19. – Bernama