the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Situasi banjir di Sabah pulih, Sarawak kekal dengan mangsa di PPS

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sabah semakin pulih dengan hanya dua pusat pemindahan sementara masih beroperasi di daerah Penampang dan Papar.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan seramai 90 orang daripada 22 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara setakat pagi ini.

Pusat pemindahan di Papar menempatkan lapan mangsa banjir manakala Penampang menempatkan 82 mangsa kejadian tanah runtuh.

Hanya dua kampung masih terjejas masing-masing di daerah Papar dan Penampang.

JPBN Sabah turut memaklumkan 13 orang maut akibat kejadian tanah runtuh dan seorang lemas kerana banjir setakat ini.

Di Sarawak, jumlah mangsa yang berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi kekal 16 orang daripada lima keluarga.

Data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan paras air di stesen Long Teru mencatatkan 8.47 meter pagi ini berbanding 8.69 meter petang semalam.

Paras air di Long Teru masih melebihi paras bahaya 8 meter namun menunjukkan trend menurun.

Paras air di stesen Marudi juga menunjukkan penurunan kepada 3.92 meter berbanding 4.12 meter semalam.

Paras air di Marudi masih melepasi paras bahaya yang ditetapkan pada 3.25 meter. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings