SKUASY wanita negara, S Sivasangari, memulakan kempennya di Final Jelajah PSA 2024/2024 dengan kekalahan kepada Olivia Weaver dari Amerika Syarikat dalam perlawanan pertama Kumpulan B.
Pertarungan selama 32 minit di Revival Film Studio, Toronto menyaksikan Sivasangari, 26, menunjukkan semangat juang tinggi tetapi gagal menewaskan pemain keempat dunia itu. Skor akhir mencatatkan kekalahan 9-11, 9-11.
Sivasangari, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, kini bersedia untuk berdepan Fayrouz Aboelkheir dari Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan B hari ini.
Dalam perlawanan lain Kumpulan B, Satomi Watanabe dari Jepun mengatasi Aboelkheir dengan skor 11-7, 9-11, 12-11. Hanya dua pemain teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.