MELAKA: Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Ayer Keroh berdekatan Penjara Dusun Dato’ Murad hari ini. Mangsa, Akmal Aniq Mohamed Ariff, 22 tahun, dilaporkan merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit memaklumkan kejadian berlaku pada pukul 12.45 tengah hari. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 3.40 petang akibat kecederaan dalaman yang serius.
Menurut siasatan awal, pemandu Toyota Innova berusia 41 tahun sedang bergerak dari arah Ayer Keroh menuju lampu isyarat Muzaffar Shah ketika motosikal mangsa melanggarnya dari belakang di lorong susur jalan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.