the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Ibrahim sokong hasrat kerajaan segera ambil langkah penjimatan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menyokong hasrat kerajaan untuk segera mengambil langkah penjimatan, termasuk melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar.

Seri Paduka Baginda bertitah kerajaan hari ini sedang menanggung beban hutang yang semakin besar dan berada dalam kedudukan defisit fiskal sejak 1998.

“Keadaan kewangan yang lemah ini akan menyukarkan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan baharu atau memberikan suntikan kewangan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi,” titah Seri Paduka dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah dasar-dasar baharu yang lebih menyeluruh juga perlu terus diperkenalkan oleh kerajaan.

Ini termasuk pengenalan Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang merupakan satu langkah pembaharuan bagi meningkatkan urus tadbir pengurusan kewangan awam supaya lebih telus dan bertanggungjawab.

“Saya juga akan meneliti perbelanjaan kerajaan dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang betul-betul diperlukan.

“Semasa pemerintahan saya ini, saya juga berharap kerajaan akan berjaya memperoleh lebihan fiskal setiap tahun,“ titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda juga bertitah meminta kerajaan bersikap tegas bagi membendung ketirisan dan penyelewengan dana awam.

Malah, titah Sultan Ibrahim, sebarang kelemahan urus tadbir di semua peringkat perlu diperiksa, termasuk di peringkat badan berkanun, syarikat milik kerajaan serta anak-anak syarikat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Persona5: The Phantom X Version 4.4 Launches with Global Hatsune Miku Collaboration and 1st...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Persona5: The Phantom X (P5X) is set to launch its Version 4.4 update today (June 25, 2026), bringing a global collaboration with Hatsune Miku alongside the game's 1st Anniversary Celebration in Southeast Asia.

Candy Cottage Expands from Home-Based Business to International Brand with Shopee

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Candy Cottage, a homegrown confectionery business founded in 2022, has expanded beyond Singapore through Shopee International Platform (SIP), reaching customers across the region and recording 8X growth in cross-border sales.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings