the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tambah baik struktur organisasi antara fokus utama hala tuju FAMA

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan struktur organisasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah antara 12 usaha yang tersenarai dalam hala tuju agensi itu bagi tempoh 2023 hingga 2026.

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata tumpuan itu diberikan bagi memperbaiki dan memastikan kepimpinan agensi itu berada pada landasan yang tepat selari dengan era digitalisasi.

“Organisasi FAMA ini sudah berusia 59 tahun tahun ini, jadi kita akan lihat pertukaran kepimpinan antara generasi lama kepada generasi muda dalam tempoh dua tahun ini. Jadi saya akan menyediakan pengganti dalam masa dua tahun lagi.

“Kemudian kita juga akan memperkasakan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran kakitangan sebab dengan perubahan dunia yang kini lebih mendesak untuk kita berubah terutama di era digital yang lebih menjurus kepada Kecerdasan Buatan (AI),“ katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tumpuan turut diberikan kepada usaha memperluasakan punca kuasa FAMA iaitu Subseksyen 3 (Fungsi dan Kuasa) melalui pindaan Akta 141 FAMA yang mencadangkan untuk menaik taraf peranannya sebagai agensi sekuriti makanan negara.

Abdul Rashid berkata FAMA akan turut memberi fokus terhadap usaha penambahbaikan Peraturan Pendaftaran Pemasar dan Peraturan GPL (3P) iaitu melaksanakan 70 pindaan terhadap Peraturan Grading (Penggredan), Packaging (Pembungkusan) dan Labelling (Pelabelan).

Beliau berkata pihaknya juga akan mempergiatkan usaha membantu golongan belia yang menceburi bidang pertanian melalui program khas seperti New Breed Market Entreprenuer (NBME), Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) dan program-program bimbingan lain dalam meningkatkan adaptasi golongan itu ke arah pendigitalan.

“Kita akan membimbing mereka, contoh jika produk mereka hendak dieksport, apa yang mereka perlu lakukan, bagaimana nak buat costing, nak jumpa bakal pengimport, kita bantu mereka dalam perkhidmatan seperti itu,“ katanya.

Katanya FAMA juga akan meneruskan penganjuran Program Jualan Agro MADANI dengan menyasarkan 5,000 program bakal diadakan pada tahun ini bagi membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

“Tahun lepas kita dah berjaya laksana 5,271 program dan kita telah mencapai sasaran itu.Tahun ini kita akan meneruskan jualan berkenaan, malah tahun ini sehingga pertengahan Februari ini kita sudah hampir mencapai 720 program,“ katanya.

Sementara itu beliau berkata pihaknya juga akan terus mendukung dasar kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu sekuriti makanan dan kos sara hidup dalam negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hotel in Bugis Singapore: Where to stay for culture, dining and heritage

For travellers searching for a luxury hotel in Bugis Singapore, Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore offers a refined base for culture, dining and heritage discovery. Set in the vibrant Bugis and Bras Basah district, the hotel places guests close to Arab Street, Kampong Glam and Marina Bay while delivering unparalleled luxury and essential city connections.

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

China Hong Kong Motorsports Centre launches HK Youth Karting Championship 2026

China Hong Kong Motorsports Centre ("CHKMC") is pleased to announce the launch of HK Youth Karting Championship 2026, a new karting championship scheduled to take place on 15 (Sat) – 16 (Sun) August 2026 at Guangzhou Conghua International Circuit.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings