KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India dihentikan dan kini memasuki fasa ‘search and recovery.’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pakar dan keputusan Kabinet.

“Kita mendapatkan pandangan dari sudut pakar sebelum mengambil apa-apa keputusan setelah kita kumpulkan semua kepakaran termasuk pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), pihak (Jabatan) Bomba (dan Penyelamat Malaysia), DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), IWK (Indah Water Konsortium), rakan geologi kita dan agensi-agensi lain... kita ambil keputusan untuk menghentikan SAR hari ini,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Pada 23 Ogos lepas, mangsa yang dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus pada 8.22 pagi.

-- LAGI