Sunday, November 9, 2025
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tanah runtuh IPG Gaya: KPM arah pengosongan serta-merta kuarters

The Sun Berita

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan telah mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.

KPM dalam kenyataan memaklumkan beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu.

Inisiatif menyewa premis luar berhampiran turut diambil agar aktiviti akademik dapat diteruskan tanpa gangguan serta kerja-kerja membina semula tangki air yang rosak juga dilaksanakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang telah mengakibatkan kerosakan bahagian cerun dan beberapa blok bangunan.

Bangunan-bangunan tersebut telah ditutup dan tidak didiami sejak Julai lepas atas arahan Jabatan Kerja Raya Sabah.

KPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan dan lawatan beliau ke IPG Kampus Gaya hari ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Maritim Malaysia aktifkan operasi carilamat mangsa bot karam di Langkawi

11 mangsa termasuk satu mayat ditemui dalam operasi carilamat Maritim Malaysia susulan bot karam di perairan Langkawi dengan 300 penumpang

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img