the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Zafrul akan pengerusikan mesyuarat khas ASEAN bincang implikasi tarif AS

KUALA LUMPUR: Atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, di bawah Tonggak Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN pada 10 April, 2025.

“Mesyuarat tersebut dijangka membincangkan implikasi lebih meluas akibat daripada langkah-langkah tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas aliran perdagangan dan pelaburan serantau dan kestabilan makroekonomi.

“Serta tindak balas diselaras ASEAN untuk menegakkan kepentingan ekonomi rantau ini dan komitmen yang telah lama wujud terhadap sistem perdagangan yang terbuka, adil dan berasaskan peraturan,” kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi satu kenyataan hari ini .

Selepas itu, para Pemimpin ASEAN akan bermesyuarat untuk membincangkan hala tuju negara anggota ASEAN serta menangani dan mengurangkan potensi gangguan terhadap perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan pelaburan rentas sempadan.

Ini bagi memastikan ASEAN terus menjadi hab yang stabil, berdaya saing dan menarik untuk perdagangan dan pelaburan global, kata MITI.

Negara anggota wilayah Indo-Cina ASEAN paling teruk terjejas oleh tarif tersebut, dengan Kemboja dikenakan tarif asas dan timbal balik berjumlah 49 peratus, diikuti Laos (48 peratus), (Vietnam 46 peratus), dan Myanmar (44 peratus).

Manakala, Thailand dikenakan tarif 36 peratus, Indonesia 32 peratus, Brunei dan Malaysia kedua-duanya pada 24 peratus, Filipina 17 peratus dan Singapura pada tarif asas 10 peratus.

Menurut dokumen dari Rumah Putih bertarikh 2 April, 2025, tarif 10 peratus ke atas semua negara akan berkuat kuasa pada 5 April, 2025, manakala tarif timbal balik individu yang lebih tinggi ke atas negara yang AS mempunyai defisit perdagangan terbesar akan berkuat kuasa pada 9 April, 2025.

Semua negara lain akan terus tertakluk kepada asas dasar tarif 10 peratus asal, kata dokumen itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings