the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terputus hubungan, bekalan makanan untuk Orang Asli mencukupi

MERSING: Bekalan makanan bagi 239 ketua isi rumah (KIR) di tiga kampung Orang Asli di daerah ini yang terputus hubungan selepas jalan masuk ke kampung itu dinaiki air, mencukupi bagi keperluan komuniti berkenaan.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor Faisal Long berkata KIR terlibat adalah dari Kampung Orang Asli Peta, Kampung Orang Asli Punan dan Kampung Orang Asli Tewowoh.

“Setakat ini bekalan mencukupi dan pusat pemindahan sementara (PPS) juga sentiasa dipantau rapi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mersing.

“Bagaimanapun, kita akan melihat keadaan banjir dan keperluan situasi semasa kerana jika mencapai satu minggu maka pihak JPBD Mersing akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa yang terjejas,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengerusi JPBD Mersing Mohammed Shakib Ali dalam satu kenyataan berkata mangsa banjir dari Kampung Orang Asli Peta setakat 8 pagi ini sebanyak 91 orang daripada 32 keluarga.

Menurutnya kesemua mangsa masih berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin yang dibuka sejak Selasa lepas dan keadaan cuaca pagi ini diramalkan cerah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings