Your Title

KLANG: Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata ketetapan yang diputuskan pada mesyuarat Kabinet tahun lepas itu bagaimanapun akan diganti dengan pendekatan yang lebih bersasar.

“Mengikut keputusan itu tiada (tol percuma) dan 2024 ialah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma untuk musim perayaan.

“Kerajaan juga telah menyelaraskan subsidi untuk pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia yang mana perinciannya akan kita umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini.