• 2025-07-06 01:49 PM

SUNGAI PETANI: Tiga lelaki termasuk bekas pengacara majlis perkahwinan ditahan polis kerana disyaki menjadi dalang utama aktiviti penjualan sijil cuti sakit palsu di sekitar daerah ini sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata kumpulan itu menawarkan MC tanpa pesakit perlu berjumpa doktor. “Suspek utama dipercayai menjalankan aktiviti ini bersama dua lagi lelaki yang bertindak sebagai ejen mencari pembeli,“ katanya.

Dalam serbuan di Taman Songket Indah pada 26 Jun lepas, polis merampas 20 keping MC palsu, tablet, cop nama doktor, dan peralatan cetak. “Sasaran utama adalah penjawat awam. Seorang anggota polis dikesan menggunakan MC palsu,“ tambah Hanyan.

Suspek utama yang juga pesakit jantung dikatakan mencatat nama doktor semasa menerima rawatan untuk digunakan pada cop palsu. Siasatan berterusan di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan.