the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
20.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Trafik lancar di lebuh raya utama pada pagi Aidiladha

KUALA LUMPUR: Aliran trafik lebuh raya utama di seluruh negara pada pagi Aidiladha dilaporkan lancar dan terkawal meskipun terdapat sedikit peningkatan kenderaan di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pergerakan trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 atau LLM 1-800-88-7752 serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.

Sementara itu di Kelantan, aliran trafik di dua pintu sempadan negeri iaitu melalui Pahang di Gua Musang-Kuala Lipis dan Terengganu menerusi jalan Pasir Puteh, juga lancar setakat 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di pintu sempadan Kelantan-Terengganu itu lancar dengan pergerakan kenderaan seperti biasa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.
spot_img

Popular Categories